Wednesday, October 26, 2011

self potrait by monkey

gambar ni aku jumpe kt web
mase ni aku bosan gile babi xde ape nk wat kt opis
so aku tgk2 funny pictures..
so yg ni paling catchy utk aku kongsi ngan korang semua..
gmbr ni monkey ni amik sendiri... hensem gak monkey ni
(sila klik imej utk paparan yg lebih jelas, ini bkn HD)

(sila klik imej utk paparan yg lebih jelas, ini bkn HD)

(sila klik imej utk paparan yg lebih jelas, ini bkn HD)

Friday, October 14, 2011

fakta tentang robot

aku suke terminator
tp terminator tu cyborg
same la 2 kan??
The Wild World of Robots

fakta tentang computer programming

aku hampir2 failed subjek elektif programming
art student mmg susah nk jadi geeks

The Origins of Programming
Via: OnlineSchools.org

funny sarcasm cartoon

Nintendo

Botox

Upstream

Birds


Chicken egg
ayam dulu ke telur dulu?

Thursday, October 13, 2011

aku mls nk menaip, jadi aku copy and paste post dari blog lain part 2

7C Sebab Suami Benci Isteri:

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu. Renungkanlah.....


sumber asal: http://www.facebook.com/pages/Dunia-macam-macam/217437684960788

Wednesday, October 12, 2011

aku mls nk menaip, jadi aku copy and paste post dari blog lain

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". 
Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.
Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.

5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan,jangan asyik bangkang. 



sumber copy dan tampal: http://www.uptomu.net/2011/10/8-perkara-pantang-bagi-lelaki.html

Tuesday, October 11, 2011

i was a sony ericsson user dulu2..

dolu2 aku adalah pengguna sony ericsson tegar
nokia da ilang dari lipatan sejarah idup aku
1st aku suke sbb interface sony sgt mudah dulu
and one more aku sgt horny dgn kamera die
pixel tinggi dipelopori sony ericsson
dengan hybrid lens cybershot mase 2
start dgn kamera 1.3MP yg common kt enpon2
cybershot pergi lebih jauh dengan naik ke 3.2MP
mase ni aku sgt teruja nk beli satu cybershot
salah satu idaman aku ialah K810
button bulat2 sgt mengujakan
kamera 3.2mp mase 2 dah hebak dah...
since lps 2 ade beberapa siri cybershot keluar
until aku beli C905 dgn 8.1MP
sgt mengujakan ade enpon pixel tertinggi mase 2
ade satu lg phone yg hebat gak
Sony SATIO, perh ni pakai 12MP
kalah tanpa bertanding dah C905 aku mase ni
tp aku meninggalkan sony sbb beralih ke iPhone
aku start ngan iPhone 2G and skrg iPhone 3Gs
aku ade usha2 gak phone sony...
seperti ex bf mengusha ex gf die da ade pakwe baru ke lom
aku berminat ngan design2 terbaru die, mgkn aku nk try satu nnt
aku nk try Xperia Arc.. skrg pn da ade Xperia Arc S


Monday, October 10, 2011

konvo konvi konvert....

skrg ni musim konvo sana sini
after raya ni da pelbagai konvo aku tgk kt FB
UKM ade, UUM ade, and latest skali UniKL last week
aku xpegi pn PICC utk tgk konvo kt sane..
congrats utk batch IDE aku yg da konvo, aku next year, tu pn kalo igt
so oleh sbb aku xgi, aku xtaw ape terjadi until sukri upload gmbr model aku
sukri upload gmbr model FYP aku, IPROM pamerkan model aku
perghhh.. bkn best pn model aku tu, budget pn murah je
hahahaha tp bangga gak sbb akhirnye model 2 org tgk
xde la memerap je dalam bilik model IPROM tu
ni gmbr model aku, xde name aku tp aku sertakan
gambar aku mase presentation FYP last semester
ni lak gambar aku mase presentation FYP
agak teruk kene kondem design ni..
but least or not least, dihargai jugak after ketiadaan aku



Sunday, October 9, 2011

sneak peek preview

last week aku ade post pasal kawan aku nk tunang
so ini adalah sneak preview gmbr tunang beliau
work in progress.. 30% baru... slow sket
sbb aku kan keje, nk wat keje ni lg, so kene bahagi2 masa
so far alhamdulillah berjalan lancar...


 3 gambar diatas gune background almari
almari bapak die lawa.. tu je...


ade pic outdoor, tp lom edit lg
sbb pic tu last2 so last la die edit kan.. =.="

sunday yg bosan...

hari ahad kali ni aku memilih utk memerap kt umah
aku kunci pintu bilik dan buat hal sendiri dalam bilik
antaranye men FB, men PES, men CS dan mkn biskut teddy
so cm biasa aku suke merayau2 dkt youtube, tgk VC...
so aku tertarik ngan video ujibakat AF9 yg dulu
diorg wat ujibakat online dkt youtube
video yg 1st ni ade budak shared dkt FB
siyes aku gelak2 tgk, mesti korang nk kate
xbaik ko, cube tu ko..
klise la ayat korang ni, last2 korang gelak gak
so ni 1st video, ramai dislike...
aku pn nk dislike gak jap lg kejamnye aku...


2nd video ni mcm biasa la
aku tertarik nk tgk sebab die comel
sgt comel, suara not bad.. cute girl with sweet voice


tp aku rase due2 kt atas bleh bungkus beg kuar AF
kalo nk compare ngan video gadis dari keningau sabah ni
sape champion AF9? hazama? ah ko pn same, bungkus beg kuar AF
bkn AF4 je ngan AF9 skali leh kuar..
this girl has huge talent Malaysian..
seperti Susan Boyle, Paul Potts dan jugak Kevin Skinner
she is mayb not a beautiful person,
but she has beautiful voices is huge Malaysian