Monday, March 15, 2010

kenduri kahwin....

kredit to nazeera and sukri for the photo..

Kenduri kahwin dianjurkan adalah untuk mewar-warkan kepada orang ramai bahawa seseorang itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang disekeliling tidak tahu.Di dalam sebuah Hadis Nabi

S.A.W telah menyuruh kita mewar-warkan pernikahan yang telah berlangsung, Berdasarkan beberapa hadis nabi S.A.W dapatlah disimpulkan bahawa mewar-warkan pernikahan itu terjadi dengan tiga cara :

1) Kenduri : iaitu menjemput orang ramai makan makanan yang telah dimasak dan digulaikan. Sebaik-baik kenduri adalah denga daging kambing. Sesungguhnya Nabi S.A.W mengadakan kenduri dengan tepung dan tamar ketika bernikah dengan Sofiyyah R.A. Begitu juga ketika bernikah dengan Zainab binti Jahsi R.A, Baginda mengadakan kenduri dengan daging kambing. Dalam peristiwa yang lain, seorang sahabat memberitahu Nabi bahawa dia telah bernikah, lalu Nabi pun menyuruhnya mengadakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.

2) Nyanyian : Disunatkan bernyanyi di dalam majlis kenduri…tetapi lagu yang bagaimana? Lagu yang dibenarkan adalah seperti dalam bentuk syair atau senikata yang tidak ada unsur lucah dan kurang sopan. Lagu itu pula tidak boleh dinyanyikan oleh artis-artis yang profesionnya atau kerja utamanya ialah menyanyikan lagu lagu yang tak sepatutnya seperti lagu lucah di tempat-tempat lain. Begitu juga lagu yang dinyanyikan itu tidak boleh beriringan dengan alatan muzik yang diharamkan seperti gitar dan biola. Sebaliknya alatan yang dibolehkan adalah seperti tamborin.

3)Tamborin :Dengan memukul tamborin akan menarik perhatian orang lalu dengan sendirinya berita pernikahan seseorang itu akan tersebar. Nabi S.A.W telah mengizinkan kita memukul tamborin pada hari perkahwinan dan hari raya.


No comments:

Post a Comment