Saturday, January 9, 2010

Burung Gatal... (pinjam dkt lawakgylerz)

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu). Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara hentian bas dan sebuah rumah sewa

Setiap pagi ada 3 orang gadis melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni balik dari kilang ke rumah sewa, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang gadis yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir...ke hulu, ke hilir..

Setiap hari burung ni tengok gadis-gadis tu atas bawah, atas bawah..Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. Tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2..lama-lama makin boring pulak..so dia ternampak le gadis-gadis tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke hentian bas.

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia..then tonyoh tonyoh sikit mata dia..dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia..pas tu dia jerit kuat-kuat..

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Gadis-gadis tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. Sampai di kilang mereka cuma saling pandang memandang.

Keesokan harinya gadis-gadis tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah sewa, burung tu buat dek je...bila time mereka ni nak ke kilang, burung tu jerit lagi..

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Gadis-gadis tu terkejut beruk dan berjalan cepat-cepat lagi. Sampai di kilang depa pun tanya sesama depa.
Gadis pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"
Gadis kedua menjawab "Tak tau pulak..ahli sihir ke apa ntah....." .
Gadis ketiga mencelah "Alah..kebetulan je agaknyer..tak pe, kita tengok besok pulak camana.."

Keesokan hari nya macam biasa..pagi-pagi gadis-gadis tu lalu depan rumah burung tu. Burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah.."Iyah! iyah! lapan lapan lagi..satu..dua.." dan seterusnya.

Bila time gadis-gadis ni nak ke kilang, lalu lagi depan burung..Burung pun tengok..dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Gadis-gadis berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di kilang mereka berbicara lagi...
Gadis pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap..heh, apa nak buat hah?".
Gadis kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".
Gadis ketiga.."Aku tau..apa kata esok kita semua pakai color hitam".
"Okey...Set!" balas depa.......

Keesokan harinya..sama juga..bila time ke kilang, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"

Gadis-gadis tu berlari anak lagi..di kilang mereka berbincang..
Gadis pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent.." .
Gadis kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna..".
Gadis ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."
"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa. Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time gadis-gadis tu nak ke sekolah, burung tu tengok, ditenungnye lama-lama. Gadis-gadis tu mula tersenyum dan jalan slow-slow sambil toleh-toleh kat burung tu. Burung tu tengok lagi. Dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu, dah tu pusing belakang..dia tengok lagi dengan cara menonggeng. Dah tu dia pandang ke depan balik. Dia garu-garu kepala..dah tu usap-usap dagu..dia cekak pinggang..dah tu burung tu pegang dagu lagi..pastu dia senyum..dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!"

Gadis-gadis ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

No comments:

Post a Comment